KENAPA VISCERAL FAT BAHAYA?
Disebabkan pengambilan pelbagai jenis makanan dengan jumlah kalori yang
tinggi, semesti nya terdapat terutamanya lemak tepu (saturated fat) dan
karbohidrat tinggi GI (glycemic index) seperti gula, secara berlebihan.
Sumber tenaga seperti ini yang tidak diperlukan oleh badan (apabila
jumlah kalori yang diambil melebihi daripada jumlah yang diperlukan)
akan ditukar kepada lemak badan.Sampai pada satu tahap, apabila “storage
body fat” telah berkumpul, ini akan mendatangkan kesan sampingan lain,
terutamanya yang melibatkan kategori “visceral body fat“.
Sebagai contoh, “visceral body fat” yang mengelilingi jantung akan
membuatkan jantung individu tersebut sukar untuk mengepam darah dengan
baik, sekaligus menyebabkan apa yang kita kenali sebagai penyakit lemah
jantung.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mereka dengan
lemak visceral lebih berisiko terhadap penyakit jantung, stroke,
diabetes dan hipertensi. Seorang perokok dan peminum telah terbukti
mempunyai lebih lemak intra-abdominal, atau lemak visceral, dari orang
yang aktif yang tidak merokok dan bukan peminum minuman keras. Stres
juga boleh menjadi faktor dalam simpanan lemak visceral pada tubuh.

Serammmmm je baca kan????
Nanti saya kongsikan apa jalan penyelesaian... Tunggu.....